CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

PULAU PINANG BEBAS DEB

Kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat kenyataan pertamannya mengenai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.

Menurut Guan Eng, buat permulaan, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem pemberian tender secara terbuka untuk semua kontrak dan pemerolehan kerajaan.

DEB adalah dasar yang dimulakan pada tahun 1971 untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula ekonomi Malaysia dengan matlamat menghapuskan pengenalan etnik berasaskan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang pada prinsipnya telah pun berakhir pada 1991, mengandungi polisi affirmative untuk kaum Melayu dan bumiputera bertunjangkan semangat kontrak sosial dan usaha untuk membaiki kedudukan ekonomi bumiputera yang ketinggalan.

ULASAN
Untuk maklumat lanjut sila ke Berita Semasa 12 mac 2008

0 comments: