CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 2, 2008

BERAKHIRNYA KELAS BERMULANYA PEPERIKSAAN

Kelas dah banyak yang telah tamat sukatannya dan bermula minggu depan peperiksaan yang menentukan hala tujuku selepas ini. Tamat dengan berjaya agaknya. Memandangkan pelajar yang bakal meninggalkan universiti ini, memberi sedikit pesanan...

"BELAJAR RAJIN-RAJIN"

PERBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR

Semua pelajar Bacelor Komunikasi (Korporat, Kewartawan, Penyiaran dan Kemanusiaan), selamat berjuang untuk membentangkan projek tahun akhir kalian. Bertenang dan fokus. Jangan hampakan 10 markah perbentangan ini.

"SEMOGA BERJAYA"

Friday, March 14, 2008

NASI LEMAK KEGEMARANKU DULU, KINI DAN SELAMANYA...

SEDIKIT KONTROVERSI:
Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan

ULASAN:
Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

Wednesday, March 12, 2008

KEGEMARANKU

PULAU PINANG BEBAS DEB

Kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat kenyataan pertamannya mengenai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.

Menurut Guan Eng, buat permulaan, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem pemberian tender secara terbuka untuk semua kontrak dan pemerolehan kerajaan.

DEB adalah dasar yang dimulakan pada tahun 1971 untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula ekonomi Malaysia dengan matlamat menghapuskan pengenalan etnik berasaskan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang pada prinsipnya telah pun berakhir pada 1991, mengandungi polisi affirmative untuk kaum Melayu dan bumiputera bertunjangkan semangat kontrak sosial dan usaha untuk membaiki kedudukan ekonomi bumiputera yang ketinggalan.

ULASAN
Untuk maklumat lanjut sila ke Berita Semasa 12 mac 2008

MAKAN GUNA TANGAN..

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itusatu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.


Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab denganmudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.


Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadirisatu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.


Ketika semua tetamujemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selambamenyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yangkebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudinitu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"


Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh oranglain. Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebabsaya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh olehorang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanyasayaseorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnyaterlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............


Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan oranglain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ................. ...

TAHUKAH ANDA...

1. Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannyadituangkan ke dalam cerek yangmengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuathelikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lamadigunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukandan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebaga iubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

ULASAN
Sekadar suka-suka....

Tuesday, March 11, 2008

JENIS DARAH REFLEKSI PERIBADI

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius di dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekelilingmu berasa selesa untuk berdampingan denganmu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

ULASAN
Keterangan di atas hanyalah untuk tatapan sahaja dan tidak seharusnya terlampau mempercayainya....

PERPUSTAKAAN

Pada suatu tengah malam telefon dirumah seorang pustakawan berdering."Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" Seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yangpenting sangat encik menelefon saya ditengah malam buta ni?" tanyapustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" Pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" Pustakawan itu menjawab dengan nada yangtinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?"

"Siapa kata saya mahu masuk?" kata

Pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

ULASAN..
Jangan terlampau rajin ke perpustakaan sehingga perpustakaan tutup pun kita masih berada di sana..

Monday, March 10, 2008

ADAKAH ANDA.......

Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedangmemasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stoking sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.


Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM

ULASAN
Anda kategori yang mana?

SUASANA RUMAH AMAL










RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH







Sunday, March 9, 2008

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

MEREKA MEMERLUKAN PERHATIAN KITA....




ULUSAN

Mereka ini merupakan separuh dari anak-anak yang tinggal di Rumah Amal Limpahan Kasih yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 16 tahun. Rata-rata mereka merupakan anak yatim, fakir miskin dan ashnaf

AKTIVITI-AKTIVITI AMAL DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM


RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
Blok 115 Lorong Bestari 3
Kg Seri Aman
Puchong, Selangor
Pada : Jumaat (7 Mac 2008)
Masa : 12.00 tengahari - 8 malam

Wednesday, March 5, 2008

DI SEBALIK PILIHANRAYA 2008...ADA....


KOMEN PENULIS
Lupakan sebentar demam pilihanraya 2008 tapi disebalik itu ramai yang tidak menyedari penggunaan bahasa yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akhbar seperti bahasa dialek seperti dalam 'SENYUM KAMBING' ini. Walhal, mengunakan bahasa yang difahami oleh semua lapisan masyarakat adalah digalakka.

PILIHANRAYA 2008

KOMEN PENULIS

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 setelah Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008